Rabu, 27 Julai 2011

LATAR BELAKANG SEKOLAH


SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin merupakan sebuah sekolah baru dibina di bawah Projek Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia.  Sekolah ini terletak 4km dari Bandar Seri Manjung dan berhampiran dengan stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah Manjung.  Jarak dari SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin ke Pejabat Pelajaran Daerah Manjung ialah 7km.
Pembinaan projek sekolah yang menelan belanja sebanyak RM 36 juta ini bermula pada bulan Mac 2009 dan telah siap sepenuhnya pada November 2010.  Kontraktor yang bertanggungjawab membina bangunan sekolah ialah Tuah Usaha Sdn. Bhd. di bawah seliaan konsultan Jurujati Konsultan Sdn. Bhd., Jureka Consulting dan DLQS.
Di bawah pengurusan caretaker En. Ahmad Shuhaili b Hashim dan En. Mohamad Hisham b Zahari, akhirnya pada 3 Januari 2011, SMK Kg. Dato. Seri Kamaruddin mula beroperasi dengan bilangan guru seramai 27 orang dan 324 orang pelajar.
Pada tahun pertama pembukaan, sekolah hanya menawarkan tempat kepada pelajar Tingkatan 1,2 dan 4 sahaja.  Sebahagian besar pelajar yang mendaftar di sini merupakan anak tempatan Kg. Dato' Seri Kamaruddin dan juga dari Kg. Permatang, Kg. Teluk Pencalang dan Teluk Rubiah.
Diharapkan SMK Kg. Dato' Seri Kamaruddin berjaya melahirkan generasi harapan yang berwawasan dan berdaya saing dalam mencipta rekod kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan